Petronas menjelaskan mengenai tanggapan
salah sebilangan rakyat bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk
petroleum yang lebih murah seperti gasoline dan diesel jika ia
mengeluarkan dan menggunakan sendiri minyak mentah.
Bagaimanapun perbadanan minyak negara
itu berkata minyak mentah Tapis blend yang ditemui di perairan Malaysia,
merupakan bahan mentah yang sangat mahal.
Oleh itu, dengan mengeksport minyak
Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan
dalam negara, Malaysia meraih manfaat lebih besar daripada sumber minyak
mentah semula jadinya, dan pada masa yang sama memastikan jaminan
tenaga untuk penggunaan domestik.
Petronas, dalam satu kenyataan Rabu
malam mengulas mengenai rasionalisasi subsidi kerajaan baru-baru ini
yang telah menimbulkan kebimbangan dan tanggapan salah sebilangan
rakyat.
Mereka berpendapat rakyat sepatutnya
menikmati produk petroleum, terutama gasoline dan diesel, pada harga
minimum selari dengan status negara sebagai negara pengeluar minyak,
katanya.
Ini bertentangan dengan negara seperti
Arab Saudi dan negara Timur Tengah yang menghasilkan minyak mentah murah
dalam kuantiti yang besar.
Minyak Tapis blend mencatat premium
tinggi berbanding minyak biasa pada harga premium US$122.96 setong pada
30 Ogos, 2013, berbanding minyak mentah yang biasa dijual iaitu minyak
Brent blend pada US$115.38 pada hari yang sama.
Petronas berkata harga runcit semasa
produk petroleum di pam di Malaysia tidak menggambarkan kos sebenar
pengeluaran komoditi itu memandangkan ia tidak menunjukkan perubahan kos
minyak mentah.
Ini disebabkan perbezaan dan impak perubahan minyak mentah sudah diserap oleh subsidi besar kerajaan.
Harga minyak mentah kini semakin
meningkat berikutan ketidaktentuan politik dan keselamatan di Timur
tengah seperti Mesir dan Syria.
“Bagaimanapun, harga runcit gasoline dan diesel di Malaysia tidak berubah kerana di subsidi oleh kerajaan.”
“Subsidi besar merupakan perbelanjaan
yang tidak berkekalan dalam jangka panjang, selain itu ia menyebabkan
penggunaan tenaga tidak berhemat dan tidak cekap, kata Petronas.
No comments:
Post a Comment